skip to main | skip to sidebar

Me! Me!

My Photo
h.e.a.r.n.o.i.s
someone who appreciates the small things in life.
View my complete profile

Akulah tu...


by jackassfan

by jackassfan

by jackassfan

by himlover869

by jackassfan

by blinkaddict

Those Thoughts...

  • ▼ 2010 (7)
    • ▼ July (1)
      • Alo? Alo?
    • ► April (4)
      • KAMU!
      • Girl Games
      • I did it!! Yeeeyyyy!!!!!
      • Gochujang!
    • ► January (2)
      • Why?
      • Wonderpets! Wonderpets! Kami datang!
  • ► 2009 (45)
    • ► September (3)
      • Carpet kotor, Lampu berhabuk
      • Wooowwweee~
      • Yeeehhhaaa~
    • ► July (1)
      • Finally~
    • ► June (13)
      • =D
      • Happy~
      • Hello~
      • Yey~
      • aku di"tag" - part 7
      • ...
      • I agree
      • Home~
      • PD..again =D
      • dah mengorak langkah =D
      • 1 year!
      • Yey! =D
      • Don't think i can... =(
    • ► May (11)
      • No, not everything...sorry. =D
      • = (
      • reunited! =D
      • I realized that...
      • happy birthday babah!
      • sangat suke! =D
      • HAPPY MAMA'S DAY!!
      • Framed!...and that jerk is such a jerk
      • Assalamualaikum!~
      • Macam-macam
      • aku di"tag" - part 6
    • ► April (9)
      • hmmm...
      • A big happy smile! =D
      • Aku di"Tag" - Part 5 kot?
      • Thankful
      • help!
      • Khun! you too?!?!?!
      • Again & Again
      • It was surreal~
      • SUP?!
    • ► February (2)
      • Assalamualaikum!!
      • Salam from Makkah
    • ► January (6)
      • See you~
      • Perghh~
      • WOOTTT!! WOOOTT!!!
      • Aku di'TAG' - part (I seriously don't remember)
  • ► 2008 (57)
    • ► December (7)
    • ► November (11)
    • ► October (4)
    • ► September (4)
    • ► August (9)
    • ► July (9)
    • ► June (8)
    • ► May (5)

Moi Peeps

  • Aini Fatimah
  • Alone
  • Awatif Azizan
  • Dahlia Fauzi
  • Dian Sira
  • Diyana Ghazali
  • Eyja Johari
  • Fakhrul Azzad
  • Huda Othman
  • Kak Syida
  • Marina Nazurah (Maduku!)
  • Mimi Zin
  • Nana
  • Nisha
  • Syareen
  • Syasya Abd Razak
  • Tieqa Rodzuan
  • Wanie Rodin
  • xkuaseknah

Mr.Ikemen

Mr.Ikemen
I wanna marry him!

Ok Daeri

Ok Daeri
I wanna marry him too!

I'm Here!!!

Hanis Sulaiman

Create Your Badge

Tomok dan Aku

Oh! Fish!

Mari Memekak!!

Sile!Sile!

Biru merah? merah biru?

in the midst of finding...

me.

Wednesday, July 14, 2010

Alo? Alo?

Alo? Lame dah diriku bercadang nak update mende neh tapi mesti sampai separuh jalan. Dah elok tekan "new post" sekali hilang pokus lalu butang "X" menjadi pilihan. So, semester baru pun sudah bermulaaaa~ Adoi..fenin lah. Dah kene masuk gear balik ni. Baru first day gi skolah dah dapat task. Yelah, nak mengeluh pun cmne kan, setahun kat matrik, 3 tahun dah kat main camp, masuk tahun keempat 'yakni' (aku suke bile Dr. I sebut neh) final year neh memang lah kene expect bende yang susah-susah kan. Satu la nak complain pasal course ni...too theoretical lah. Bile gaknye yuyaiyeh nak suh die pnye "people in need" ('murid-murid' lah..kan Us. Afifi baru kasitau tadi. hadoi.) keluar dan cari pengalaman serta bina keyakinan diri ye? Ntoh le..jenuh dah bace bukuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu je tak habis-habis. Tak penah lah nak abis membace buku. ciss. Takpe-takpe. Ade 2 sem je lagi. Bertahanlah dikau wahai hati. Ceh. Dan-dan nak suh bertahan kan, minggu pertame je dah 3 hari ponteng. Takpelah, demi ibuku, ape pun aku sanggup. ccchhiiiieeeehhhhh (gaye endon bile dapat tau kawan die ade org usha).

Tadi dalam kelas Arab, ustaz ade cakap sekarang ni dah kena mula 'plan' untuk future. Dalam pale otak neh ligat sebenarnye fikir ape bende nak buat lepas habis belajar. Cuma tu lah, memang selagi tak habis, selagi tu lah takde kata putus. hurmm...ape lah aku nak plan ni. Keje dulu ke baru kawen...kawen dulu ke baru keje..keje kat sini ke kat luar...keje jadi ni ke jadi tu...nak terus sambung belajar ke keje dulu..dah keje nanti nk sambung belajar ke tak. Haduiihh...ntah lah. Biarlah masa yang menentukan...chhiieeehhh sekali lagi. Ape-ape pon, aku tetap gembira tilam aku dah tebal sekarang dengan kehadiran encik toto yang empuk dibawah bedsheet yang sodap dihiasi pule ngn binatang panjang warne-warni tuh. Seronok jumpe rakan-rakan semule. Masuk kelas sign attendance nampak "Level 4", bangge mak! wowee~ =)) Alhamdulillah.
Posted by h.e.a.r.n.o.i.s at 10:36 PM 1 comments

Thursday, April 22, 2010

KAMU!

NOR AZMIL BIN MOHD NOR SHAMSURI! I MISS YOU! =(
Posted by h.e.a.r.n.o.i.s at 7:15 PM 3 comments

Wednesday, April 21, 2010

Girl Games

I found this online 'girl-game' site (yea~ it's girlgames1.com you see!) and I'm so addicted to it. I jump from one game to another and it really fills my day. Kesunyianku hapus dengan kewujudan game-game ni. Comel-comel! hehehehe. Ah~ Lagi beberapa hari je nak balik UIA dah. Suke? Tak suke? Entahlah. Bila masuk nanti semua dah nak start cuti. Kalau tak masuk, kena extend pulak. Takpelah. Sekejap je pon. 7 weeks. Mau naikkan pointer juga neh jadi mari kita fighto-oh sket. FIIIGGHHHTOOOOO-OH! hee~

Minggu lepas baru tengok movie Gokusen. Mau lah kebolehan macam Yankumi tu. Takpelah. Abaikan. Ah~~~~bila la boleh jumpa pojaan hatiku neh. hurm....
Posted by h.e.a.r.n.o.i.s at 11:17 PM 0 comments

Tuesday, April 20, 2010

I did it!! Yeeeyyyy!!!!!

Alhamdulillah~ I made it to the list at last! Yaayyy! I was all shivering and my knees felt like they were coming off when I was waiting for the site to load the results. And it turned to be how I hope it would be but never expect it to be. eh? Hah camtu la lebih kurang. hehe. I need to push myself a little bit more for the remaining semesters to at least maintain if not improve the cgpa. Ah~relieved. The struggle was worth it! Alhamdulillah.

Harini diriku tersangatlah lapar. Asek lapar je sepanjang hari. Padahal makan je bukan tak makan. Tapi makan tu bende yang merapek-rapek lah. Ish...diet yang sungguh tidak sihat. Mari kite kuruskan badan short sem ni rakan-rakan!! Yey!

Esok nak pegi buka maybank. Senang kalau nak bayar apa-apa kan? Maybank ke CIMB? umm...maybank lah. hee. Okie rakan-rakan...mau mandi..daaaa

*Thank you Allah. I can never ever ever ever ever thank You enough for all the blessings You've bestowed upon me. May you continue to shower me with your endless love and care. Amin*



Yyyiiiipppppeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!
Posted by h.e.a.r.n.o.i.s at 8:17 PM 0 comments

Monday, April 19, 2010

Gochujang!

Okay...here we go. Assalamualaikum! Hi!!!!!!!! Long time no see!!! I've been away for too long since the last post so welcome back Hanis! =)
Surprisingly, cuti kali ni sangat membosankan. Kawan-kawanku disini blum ade yg cuti. Anggota keluargaku semuanya keje. Lalingku pon keje. Nasib baik ade Kak Tuti dan Joe dan Abu yang setia layan aku borak dan dengar aku jerit2 dalam rumah ni. Takpelah, its gonna be over soon before the short semester starts. Mahu score betul-betul short sem ni since I know result yg bakal keluar esok sangat menghampakan. The 6th semester was extremely...disturbing? It was just so hard! I don't want to make excuses but it was exceptionally burdensome for me. So aku redha je apa-apa pun keputusannya esok. Semoga Allah makbulkan doaku untuk lulus semua subjek dengan cemerlang. Amin. Harini pagi-pagi lagi dah teman mama pegi KL amik baju raya. Weee~~~ and then we went to Ampang. Teka untuk ape? Pegi explore Korea Town!!! Mama pun tekejut dekat situ berderet-deret kedai Korea. Ade satu restaurant ni die tulis kat depan kedai "Specialize in pork and beef"...sape berminat boleh lah ye. Hihi. Actually aku pegi sana nak cari ddeokbokki (the korean rice cake tu) ala...yg selalu beno ade dalam cerita-cerita korea orang makan tepi jalan tu. Kononnye nak try lah, sekali balik rumah baru tahu kene guna gochujang, a special pepper paste yg memang orang korea guna untuk buat ddeokbokki tu. Jadi disebabkan oleh semangat yang membara nak cuba jugak, aku dan Kak Tuti rekalah gochujang sendiri and failed miserably. Bole la tahan ddeobokki tuh tapi die jadi tepung pulut cicah sambal ikan bilis. Hahahaha. Universal oke! Takpelah, nanti on the way balik rumah masa short sem nanti aku pegi singgah Korea Town tu cari gochujang and cuba semula. Yay! Owh! Jangan risau rakan-rakan. Rice cake tu selamat dan halal untuk dimakan. Gochujang tu nanti aku carik tau. Kalau tak halal, kita stick to the sambal ikan bilis je la ye. hehehe. Haisshhh!!! Cuti ni bikin aku bertambah-tambah berat lah! argh!!

Semalam sorang kawan aku bersalin. Tadi sorang bertunang. Laling, kita bila lagi? Hahahahahahahahaha!!! =)))))))



Kamu...I miss you. =(
Posted by h.e.a.r.n.o.i.s at 11:50 PM 6 comments

Saturday, January 30, 2010

Why?

Cuti dah nak habes! tidaaakkk!!! aaarrggh. bonci bonci bonccciiiii!
Anyway, harini ramai orang datang rumah, meriah dan bising sangat. Tapi kenapa aku rase sangat sunyi ye...hurm...
Posted by h.e.a.r.n.o.i.s at 6:21 PM 0 comments

Tuesday, January 26, 2010

Wonderpets! Wonderpets! Kami datang!

Assalamualaikum!

Peehh...lame gileee tak update blog! Aduih. nak kate takde mase, aku manjang tido tp nak kate ade mase pon takde jugak. Hmmm..anyway, Happy New Year 2010! Tak berpeluang nak wish awal-awal kat sini. Senyap sunyi je sini ye. Oh..takpe. Akanku usaha untuk update sentiase. Insya-Allah. Sekarang tengah cuti mid-sem for one week. Yeay! tapi rase macam masa tu sekejap sangat berlalu. Baru bangun alih2 kejap je dh nak tido balik. Ehem..yelah, bangun pun dah pukul brape kan. ahakz. Tapi agak risau juge since abes cuti ni terus ade mid-term Error & Contrastive Analysis, Pragmatis dan juga Arab yang hampeh satu mende pon aku tak tau ustazah ajar ape. Tapi takpe, kita jangan pikir2 pasal tu for now. Ape yang penting? Kerjasama! eh tak...yang penting sekarang, aku dah lepas swimming skills! Yeay! Haritu cuak jugak lah nak exam tp alhamdulillah, lepasni takyah pegi kelas tu lagi. Yeeheew! Takdelah penat2 lepas Discourse aku kne rush pegi pool. Hmm...tapi Kak Ju dan rakan2 sangat baik. Rindu mereka lepas ni. Mekasih lah kerana sudi terima kehadiran saye ye! Good Luck final nanti rakan2! Seronok tengok dorang yang dari zero, yang masa first class dok pegang je tangga pool tu, by the 3rd class dah boleh swim at least 25M wa cakap same lu! kagum dengan semangat mereka. Bagus2.

Dah 2 sem aku try nak cancel minor in IRK aku tuh tapi tetap tak berjaya. Setiap kali cuba mesti adeeee je yg menyebabkan proses tu tersekat, jadi aku dan Fae pun mengambil keputusan untuk proceed dengan minor kami tu. Aku percaya, Allah nak tunjukkan yang memang ada hikmah disebalik kegagalan usaha kami untuk cancel minor tu. Bile fikir2 balik, tak rugi pun amik, untung lagi ade lah, ilmu tu...bukan senang nak cari. Ye tak? So short sem ni aku akan selesaikan lagi 2 subject IRK dan lepastu tinggal lagi 2 sem sebelum tamat pengajianku di UIA. Pulamaaakk...dah nak abes lah. eeee...tak sangka yo! Dulu nak pegi sekolah punya lah liat. Lepastu ingat lagi masa kat matrik, nangis2 pikir dapat masuk main campus ke tak aku ni. Cuak seh. Yelah, aku ni bukannye bijak pandai, jadi rase kurang yakin gitu. Pejam celik, pejam celik, dah nak final year dah pun. huhu. Bes2. Aku tau hari2 yang bakal aku hadapi makin lame makin sukar sebab pelajaran makin lame makin susah. Tapi takpe, aku akan tetap berusaha sebaik mungkin untuk terus cemerlang dalam pembelajaranku. Moga dengan kehadiran orang2 yang aku sayang dan dengan keredhaan Allah s.w.t, segala urusanku akan berjalan dengan mudah dan lancar. Amin.

Pojaan hatiku dah jauh nun disane..wah..cam jauh sangat kan. haha. Tapi tu la, terasa sagat jauhnye sebab dah terbiase weekendsku diceriakan dengan kehadiran beliau. Tapi takpelah, ada hikmah disebaliknye kan wak! Hee...I miss you~(muntah lah korang, pedulik ape aku =P )

Hokay, better get going. Transcription aku x selesai2 lagi ni. Daaa...
Posted by h.e.a.r.n.o.i.s at 12:42 PM 0 comments
Older Posts
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod